Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Perlu wujudkan jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara
Nasional

Perlu wujudkan jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara

Perlu wujudkan jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed / Foto RTM

SEPANG, 19 Februari –Kerajaan disaran mempertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa untuk menyelaras pertubuhanbukan kerajaan (NGO) yang ingin melaksanakan misi bantuan kemanusian di luar negara.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed berkata penubuhan itu untuk mengawal selia misi kemanusian yang akan memudahkan gerak kerja NGO serta memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan terhadap sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia.

\”Buat masa ini misi bantuan daripada NGO di Malaysia kebanyakan bersifat ad hoc dan kurang teratur yang memerlukan kita mencari kaedah agar perkara ini boleh dipermudahdan diselaraskan.

\”Jika ini diselaraskan dengan baik, kita tahu tidak akan berlaku ketirisan kerana ia diselaraskan oleh kerajaan dan ini juga akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk memberi sumbangan yang lebih baik,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan Misi Kemanusian BinaSemula Syria oleh Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Misi bantuan berkenaandilaksanakan Serantau Muslimyang juga Pasukan Bantuan Pertahanan Awam (CDA) membantu rakyat Syria membina semula kehidupanselepas konflik melanda negara itu.

Misi diketuai Pengerusi Serantau Muslim Kapten Bersekutu (PA) Mohd Hakim Mohd Nor itu akan menyalurkan bantuan makanan, melaksanakan program sokongan psikologi serta membincangkan pembangunan komuniti wakaf Malaysia.

Related Articles

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal
Nasional

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 21 Februari- TikTok LIVE Malaysia bersedia membawa semangat...

UPMKB, BDA optimis tangani isu pengurusan sisa makanan
Nasional

UPMKB, BDA optimis tangani isu pengurusan sisa makanan

Pengarah UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini (tiga dari kanan) bersama Timbalan...

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI
Nasional

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI

Pelancaran Program Penternakan Lembut Fidlot di Kampung Titi Tinggi Hulu TITI TINGGI,...

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir
Nasional

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir

Datuk Seri Amirudin ShariSHAH ALAM, 21 Februari- Selangor berhasrat menambah penempatan pelajar...