Saturday , 22 February 2025
Home Ekonomi FBM KLCI dibuka rendah, pasaran kekal berhati-hati
Ekonomi

FBM KLCI dibuka rendah, pasaran kekal berhati-hati

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 19 Februari – Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih rendah dalam sesi awal pada Rabu, diheret turun oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati susulan tindakan peniaga meneliti keadaan semasa dan cabaran inflasi.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.10 mata kepada 1,581.74 daripada 1,584.84 pada akhir dagangan semalam.

Indeks utama itu dibuka susut 1.62 mata kepada 1,583.22.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 139 berbanding 129 manakala 245 kaunter lain tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 135.05 juta unit bernilai RM68.94 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee Shen Pin berkata Wall Street ditutup tinggi sedikit semalam dengan ketiga-tiga indeks utamanya mendapat rangsangan belian lewat selepas sesi dagangan yang tidak menentu.

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI ditutup meningkat sedikit semalam walaupun wujud petunjuk berlakunya jualan asing. Kami percaya institusi tempatan akan bertindak mengumpul saham terpilih menjelang musim pelaporan pendapatan bagi suku keempat 2024.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,580-1,590 susulan sentimen pasaran yang kekal agak berhati-hati,\” katanya dalam nota penyelidikan firma pembrokeran itu, hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun empat sen kepada RM10.50, Public Bank rugi dua sen kepada RM4.48 dan IHH Healthcare berkurangan satu sen kepada RM7.27 manakala CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah pada RM8.40 dan RM13.94.

Ingenieur Gudang dan Harvest Miracle mendahului kaunter aktif dengan masing-masing kekal mendatar pada enam sen dan 14.5 sen.

MYEG dan Hartalega masing-masing naik tiga sen kepada RM1.06 dan RM2.64 manakala Sarawak Cable menokok satu sen kepada 12 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 2.97 mata kepada 12,001.25, Indeks FBMT 100 susut 5.64 mata kepada 11,710.70 namun Indeks FBM Emas Shariah naik 5.74 mata kepada 11,702.07.

Indeks FBM 70 menokok 59.69 mata kepada 17,596.88 manakala Indeks FBM ACE turun 9.64 mata kepada 5,064.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 22.29 mata kepada 19,351.79, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.04 mata kepada 163.14, Indeks Perladangan susut 17.85 mata kepada 7,412.23 manakala Indeks Tenaga menguncup 0.94 mata kepada 790.84.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar us berikutan sentimen berhati-hati

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 21 Februari- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada...

ES Sunlogy tampil pada 30.5 sen di Pasaran ACE
Ekonomi

ES Sunlogy tampil pada 30.5 sen di Pasaran ACE

ES Sunlogy penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal membuat penampilan di Pasaran...

AmBank Group rekod untung RM1.48 bilion
Ekonomi

AmBank Group rekod untung RM1.48 bilion

PETALING JAYA: AMMB Holdings Berhad (AmBank Group) melaporkan keuntungan selepas cukai dan...

Perlis sasar potensi pelaburan hingga RM800 juta tahun ini
Ekonomi

Perlis sasar potensi pelaburan hingga RM800 juta tahun ini

MOHD. Shukri Ramli (enam dari kiri) dan Liew Chin Tong (enam dari...