Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Susut Berikutan Kelesuan Minat
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Susut Berikutan Kelesuan Minat

Niaga Hadapan Emas Susut Berikutan Kelesuan Minat

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah berikutan minat pasaran terus melesu.

Seorang penganalisis berkata selain itu, pelabur telah mengambil keuntungan selepas logam itu disokong ke atas selama dua hari,didorong oleh permintaan aset selamat di tengah-tengah kebimbangan mengenai perang tarif.

KontrakFebruari 2025 berkurangan kepada US$2,913.60 setiap auns troy daripada US$2,932.20 yang disaksikan pada Jumaat lepas, manakala kontrak Mac 2025 jatuh kepada US$2,920.70 berbanding US$2,939.30 sebelumnya.

Kontrak April, Mei serta Jun 2025 menurun kepada US$2,929.00 setiap auns troy daripada US$ 2,946.70.

Jumlah dagangan menyusut kepada 17 lot daripada 48 lot, manakala kepentingan terbuka menyempit kepada 74 kontrak berbanding 104 sebelum ini.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 14 Februari lepas, emas fizikal berharga US$2,921.25 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...