Home Nasional Tadbir urus cekap, kunci penambahbaikan CPI
Nasional

Tadbir urus cekap, kunci penambahbaikan CPI

Tadbir urus cekap, kunci penambahbaikan CPI

President Transparency International Malaysia (TIM), Dr. Muhammad Mohan

KUALA LUMPUR, 17 Februari– Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tidak hanya mengukur persepsi rasuah semata-mata tetapi mengambil kira faktor lain termasuk kecekapan birokrasi dan sistem pentadbiran kerajaan.

President Transparency International Malaysia (TIM), Dr. Muhammad Mohan menjelaskan indeks tersebut membuat penilaian dalam skop yang lebih luas mengenai tadbir urus keseluruhan negara.

Beliau berpandangan bahawa amat penting untuk memperkukuh tadbir urus dan memantapkan pentabiran bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang telus.

Usaha itu seterusnya, mengelak gejala rasuah daripada berleluasa.

\”Sebenarnya bila kita kaji balik dalam tinjauan yang dibuat ini, ia merangkumi banyak lagi isu. Walaupun rasuah menjadi perkara utama, tetapi apa yang menyebabkan rasuah.

Seperti Tan Sri menyatakan tadi, bahawa dari segi kecekapan di petugas barisan hadapan ini ini dan sebagainya. Contohnya, pelawat atau pelabur yang datang kemudian membuat urusan dengan agensi-agensi ini. Jika permohonan mereka dilambatkan sangat, apa yang mereka akan cari? Jalan.

Mungkin dalam polisi mereka tidak membenarkan tetapi mungkin mereka akan cari ruang pihak ketiga, menggunakan \”runner\” dan sebagainya untuk menyelesaikan isu ini melalui rasuah dan sebagainya,\” kata Dr. Muhammad.

Beliau berkata demikian menerusi rancangan Bicara Naratif: Reformasi Perkhidmatan Awam dan Kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Angkasapuri Kota Media.

Dr Muhammad Mohan berpandangan bahawa tindakan menempatkan pegawai SPRM di agensi-agensi kerajaan merupakan satu tindakan tepat untuk meminimumkan risiko rasuah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....