Home Nasional PM minta Sarawak bekalkan elektrik ke Filipina – Abang Johari
Nasional

PM minta Sarawak bekalkan elektrik ke Filipina – Abang Johari

PM minta Sarawak bekalkan elektrik ke Filipina – Abang Johari

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg/BERNAMA

KUCHING, 17 Februari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata tenaga elektrik itu akan dihasilkan dari loji Janakuasa Kitaran Gabungan Turbin Gas berkapasiti 500 Megawatt (MW) di Miri, serta tiga loji lain dengan kapasiti gabungan 1,500 MW di Bintulu.

“Lebihan bekalan (elektrik) kita hantar ke Sabah, Perdana Menteri meminta kita hantar dari Sabah ke bahagian selatan Filipina, maknanya, kita membekalkan tenaga untuk ASEAN. Inilah kekuatan kita,” kata beliau.

Bercakap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Affin Bank di sini malam ini, beliau berkata Sarawak juga sedang dalam proses menghasilkan lebih banyak gas sintetik sebagai sumber penjanaan tenaga yang akan meletakkan negeri itu sebagai pengeluar tenaga utama ASEAN.

\”Maknanya, ia mampan. Jika ini kekuatan kita, maka ia akan menyumbang kepada grid tenaga ASEAN,\” katanya.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Abang Johari meminta Affin Bank untuk mempercepatkan penubuhan pejabat serantaunya di Sarawak supaya lebih banyak pemain industri, serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat memanfaatkan kemudahan kewangan mereka.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....