Home Nasional KTM komuter catat lebih 483,000 penumpang sempena Thaipusam
Nasional

KTM komuter catat lebih 483,000 penumpang sempena Thaipusam

KTM komuter catat lebih 483,000 penumpang sempena Thaipusam

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Februari- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang seramai 483,880 menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Februari lalu.

KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan sebelum ini jumlah penumpang menggunakan perkhidmatan itu ialah seramai 479,877 terutamanya menuju ke Stesen Batu Caves.

\”Inisiatif tambang percuma yang dilaksanakan untuk dua hari pada 10 dan 11 Februari turut mencatatkan peningkatan tujuh peratus dengan 333,684 penumpang telah memanfaatkan perjalanan percuma ini, berbanding 310,905 penumpang tahun lepas,\” menurut kenyataan itu.

Inisiatif berkenaan dilihat akan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam selain membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta meringankan beban kewangan pengguna sepanjang tempoh berkenaan.

KTMB turut mengucapkan penghargaan kepada semua pengguna yang memilih perkhidmatan KTM Komuter sepanjang Thaipusam serta komited dalam menambah baik perkhidmatan demi keselesaan serta keselamatan penumpang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....