Home Nasional Warga emas hidap penyakit kronik terima sumbangan daripada PM
Nasional

Warga emas hidap penyakit kronik terima sumbangan daripada PM

Warga emas hidap penyakit kronik terima sumbangan daripada PM

Foto Facebok Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Februari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak akibat komplikasi kesihatan lain.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada warga emas yang dikenali sebagai Binnammal A/P Kuttan, 85, di kediaman wanita itu di Semambu, Kuantan, Pahang dalam siri Ziarah MADANI baru-baru ini.

“Dalam pertemuan ini, saya mendengar kisahnya, memahami kesukaran yang dihadapi dan berkongsi sedikit keprihatinan. Sebagai tanda sokongan, saya menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi membantu meringankan beban beliau.

“Semoga auntie Binnamal terus diberi kesihatan dan kekuatan dalam menempuh hari-hari mendatang,” kata Ahmad Farhan dalam hantaran menerusi Facebook malam ini, yang turut dikongsikan Anwar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....