Home Nasional Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Februari– Pencapaian Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan langkah strategik yang diambil Malaysia sepanjang menjadi Pengerusi ASEAN antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024 dan menjelaskan fungsi IPCC, Police, Friends and Collaborators (IPFC) pada sesi soal jawab lisan.

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) pula meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah strategik yang diambil Malaysia sepanjang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dalam mencapai tiga strategi yang ditetapkan iaitu pengukuhan rantaian nilai serantau, pengukuhan asas negara anggota serta penyelarasan dan penyusunan semula ekonomi negara-negara ASEAN.

Sementara itu, Cha Kee Chin (PH-Rasah) bertanyakan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai berapakah jumlah subsidi yang telah dibelanjakan untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) sepanjang 2024.

Beliau juga ingin tahu sama ada kementerian bersedia untuk meningkatkan kuota 60,000 tan metrik minyak masak paket bersubsidi di pasaran runcit memandangkan kerap kali terdapat rungutan mengenai masalah kekurangan bekalan.

Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac ini.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....