Home Nasional PM adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Nasional

PM adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba

PM adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba

Datuk Seri Anwar berjabat tangan dengan Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla / Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Datuk Seri Anwar memberitahu pertemuan dengan Parilla yang sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari mulai Rabu itu adalah bagi membincangkan kerjasama yang boleh dimaksimakan untuk manfaat kedua-dua negara.

\”Pertemuan ini juga bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Cuba yang terjalin semenjak 6 Februari 1975.

\”Kami sempat berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS dan situasi di Gaza.

\”Dalam pertemuan itu, saya menitipkan jemputan kepada Presiden Cuba Miguel Díaz-Canel untuk berkunjung ke negara ini bagi merapatkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama ini,\” kata Perdana Menteri dalam hantaran tersebut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....