Home Nasional RTM Sarawak agih pakaian terpakai kepada penduduk terjejas banjir
Nasional

RTM Sarawak agih pakaian terpakai kepada penduduk terjejas banjir

RTM Sarawak agih pakaian terpakai kepada penduduk terjejas banjir

Sebanyak 21 kotak berisi pakaian terpakai telah diagihkan kepada tiga kampung yang terjejas akibat banjir di sekitar Kuching, iaitu Kampung Segedup, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Sejijak / Foto RTM

KUCHING, 14 Februari – Sebanyak 21 kotak berisi pakaian terpakai telah diagihkan kepada tiga kampung yang terjejas akibat banjir di sekitar Kuching, iaitu Kampung Segedup, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Sejijak.

Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kejuruteraan TV, RTM Kuching, Azmi Ahmad berkata inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada program ‘Kamek Prihatin’ yang diperkenalkan oleh pihak pengurusan RTM Sarawak untuk membantu penduduk yang dilanda musibah.

Menurutnya, program itu dimulakan dengan pengumpulan sumbangan barangan kering daripada para pendengar radio RTM Sarawak sejak 6 hingga 12 Februari lalu.

\”Kita cuba melaksanakan program ini setiap tahun kerana kita sedia maklum bahawa awal tahun sering berlaku fenomena Monsun Timur Laut. Penduduk di sekitar sungai di Sarawak biasanya akan terjejas akibat banjir,\” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan di Kampung Sejijak, di sini.

Sementara itu, wakil penduduk dari tiga kampung berkenaan merakamkan penghargaan kepada RTM Sarawak atas sumbangan yang diberikan kepada keluarga yang memerlukan.

\”Seramai 52 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Ramai pihak yang turut menghulurkan bantuan, termasuk NGO. Saya mewakili penduduk kampung mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan pakaian ini kepada mangsa banjir,\” ujar salah seorang wakil penduduk.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....