Wednesday , 19 February 2025
Home Nasional Pemandu lori maut dihempap muatan kayu balak
Nasional

Pemandu lori maut dihempap muatan kayu balak

Pemandu lori maut dihempap muatan kayu balak

Pasukan bomba dan penyelamat Belaga mengeluarkan mangsa menggunakan bantuan jengkaut untuk mengalih lori serta kayu balak

BELAGA , 15 Februari- Seorang lelaki maut dalam satu kejadian kemalangan kendiri di Jalan Merudum Dam Belaga malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa dikenali sebagai Muhie Nawan berusia 44 tahun.

\”Panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan diterima pada pukul 8.36 malam tadi. Pasukan bomba dan penyelamat Belaga telah digerakkan ke lokasi kejadian dan setibanya di lokasi mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori muatan kayu balak telah terbabas ke tepi jalan.

\”Mangsa telah dipercayai dihempap oleh muatan kayu balak tersebut dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan bantuan jengkaut untuk mengalih lori serta kayu balak tersebut,\” menurut kenyataan itu.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya dan operasi tamat pada pukul 11.07 malam.

Related Articles

Bot karam, empat nelayan selamat
Nasional

Bot karam, empat nelayan selamat

Foto RTMLABUAN, 19 Februari-Empat nelayan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka...

PGA gagalkan cubaan seludup 88,000 biji kelapa
Nasional

PGA gagalkan cubaan seludup 88,000 biji kelapa

Foto FB PGA Briged TenggaraKOTA BHARU, 19 Februari – Pasukan Gerakan Am...

Isu PPRS, stadium e-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Isu PPRS, stadium e-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 19 Februari – Isu Projek Perumahan Rakyat...

Perlu wujudkan jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara
Nasional

Perlu wujudkan jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed / Foto RTM...