Home Ekonomi Penurunan inflasi didorong kenaikan sub-indeks pengangkutan
Ekonomi

Penurunan inflasi didorong kenaikan sub-indeks pengangkutan

Penurunan inflasi pada suku keempat 2024 disokong oleh kenaikan sederhana dalam sub-indeks pengangkutan selama dua bulan berturut-turut / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Februari – Penurunan inflasi pada suku keempat 2024 disokong oleh kenaikan sederhana dalam sub-indeks pengangkutan selama dua bulan berturut-turut, dengan faktor utama yang menyumbang termasuk kestabilan harga bahan api serta usaha kerajaan dalam memperkukuh pemantauan terhadap aktiviti perniagaan.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, sub-indeks pengangkutan mencatatkan peningkatan hanya 0.4 peratus bagi tempoh dua bulan tersebut.

Peningkatan itu turut dipengaruhi oleh harga minyak diesel yang kekal stabil pada kadar sekitar RM 2.95 seliter.

\”Meskipun terdapat kestabilan dalam pengangkutan, sub-indeks harga makanan dan utiliti sedang mengalami kenaikan secara beransur-ansur,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambah Dr. Mohd Afzanizam, tindakan kerajaan dalam menstruktur semula subsidi bagi memastikan bantuan lebih tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah dilihat berpotensi untuk mengawal lonjakan inflasi.

Selain itu, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dalam membendung aktiviti perniagaan juga diyakini dapat mengurangkan tekanan inflasi dan memastikan kestabilan kos sara hidup rakyat dalam jangka panjang.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....