Sunday , 16 February 2025
Home Nasional 453 guru baharu mula berkhidmat di Kedah 16 Februari ini
Nasional

453 guru baharu mula berkhidmat di Kedah 16 Februari ini

453 guru baharu mula berkhidmat di Kedah 16 Februari ini

FOTO FAIL

ALOR SETAR, 14 Februari – Sebanyak 453 guru baharu akan mula berkhidmat di Kedah bermula 16 Februari ini, melibatkan 372 guru sekolah menengah dan 81 guru sekolah rendah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Ismail Othman berkata, kesemua guru baharu terlibat akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang memerlukan pertambahan guru.

Ketika ini, 30,510 guru sedang dan akan berkhidmat di 548 buah sekolah rendah dan 202 buah sekolah menengah dengan jumlah murid seramai 335,085 orang yang direkodkan pada 11 Februari lalu.

\”Jumlah tersebut bagaimanapun masih kurang berbanding 31, 390 sijilperjawatan yang diluluskan. Warga pendidik bukan sahaja merupakan arkitek sosial dan pemangkin perubahan dan peradaban manusia, malah menanam nilai-nilai murni kemanusiaan sehingga diakui semua agama dan masyarakat,\” kata Ismail.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Arahan Penempatan Guru Baharu Negeri Kedah bagi Lantikan Tetap, Lantikan Kontrak Interim dan Lantikan Kontrak bagi Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah bilangan 1 tahun 2025 di Dewan Al-Farabi, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, di sini.

Katanya lagi, peranan yang besar dan mulia itu merupakan penghormatan dan ganjaran tertinggi yang diberikan agama Islam kepada guru.

Katanya, kejayaan pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara kerana disitulah letaknya peranan penting profesion perguruan dalam merealisasikan hasrat tersebut.

Related Articles

Polis sedang kenal pasti identiti dua individu bergaduh di tambak Johor
Nasional

Polis sedang kenal pasti identiti dua individu bergaduh di tambak Johor

Tangkap layar video tular dua individu bergaduh di Tambak JohorJOHOR BAHRU, 15...

Radio medium penting didik masyarakat, sebar informasi
Nasional

Radio medium penting didik masyarakat, sebar informasi

Konsert khas Hari Radio Sedunia 2025 di Tapak Pesta Sungai NibongSUNGAI NIBONG,...

Pemandu lori maut dihempap muatan kayu balak
Nasional

Pemandu lori maut dihempap muatan kayu balak

Pasukan bomba dan penyelamat Belaga mengeluarkan mangsa menggunakan bantuan jengkaut untuk mengalih...

Banjir Sabah, Sarawak makin pulih
Nasional

Banjir Sabah, Sarawak makin pulih

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 15 Februari- Seramai 170 orang daripada 43 keluarga terjejas...