Home Pasaran Ringgit Ditutup Mendatar Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Ditutup Mendatar Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Ringgit Ditutup Mendatar Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Feb(Livevartha) –Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadapunjuran ekonomi semasa.

Pada6 petang, ringgit berada pada paras 4.4680/4725 berbanding dolar AS daripada4.4680/4730 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatapeserta pasaran masih bimbang mengenai ketidakpastian dasar di bawah Presiden ASDonald Trump.

"Peserta pasaran mata wang masihbimbang dengan dasar Trump 2.0 dan bagaimana Rizab Persekutuan (Fed) AS akan memberikan reaksi mengenaidasar itu," katanya kepada Livevartha.

Dalam laporan dasar monetari setengah tahunan kepada kongres, Pengerusi Fed Jerome Powell memberi isyarat bahawa bank pusat tidak akan tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah danmenunggu sehingga suku berikutnya sebelum sekali lagi menurunkan kadar faedah.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9106/9137 daripada 2.9352/9387 semasa ditutup padaIsnin, tetapi merosot berbanding euro kepada 4.6351/6398 daripada 4.6128/6179 sebelum ini dan rendah berbanding pound Britainkepada 5.5613/5669 daripada 5.5430/5492.

Mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...