Home Ekonomi Sarawak ambil alih MASwings, kini dikenali sebagai AirBorneo
Ekonomi

Sarawak ambil alih MASwings, kini dikenali sebagai AirBorneo

Sarawak ambil alih MASwings, kini dikenali sebagai AirBorneo

PETALING JAYA: Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk MASwings hari ini menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan kerajaan Sarawak untuk pemindahan hak milik MASwings.

Menurut kenyataannya, ini susulan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan kerajaan Sarawak dan Hornbill Skyways pada 27 Oktober 2023.

“Pemindahan itu dijangka selesai menjelang akhir tahun, dengan MAG bekerja rapat dengan semua pihak berkepentingan, termasuk pemegang saham Khazanah Nasional Berhad untuk memastikan peralihan yang lancar dan pematuhan kepada semua rangka kerja perundangan dan kawal selia yang berkaitan.

“Sepanjang tempoh peralihan ini, MASwings akan terus beroperasi seperti biasa di bawah bidang kuasa MAG tanpa gangguan pada jadual penerbangan, memastikan perkhidmatan udara tidak terganggu untuk komuniti yang bergantung kepada mereka,” katanya.

MAG berkata, pihaknya kekal komited kepada penyerahan yang lancar dan menyokong pertumbuhan jangka panjang sektor penerbangan dan pelancongan Malaysia untuk manfaat rakyat.

“Di sebalik peralihan ini, MAG akan terus mengukuhkan landskap penerbangan negara melalui anak syarikat penerbangannya Malaysia Airlines, Firefly dan Amal, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam perhubungan serantau dan global,” ujarnya.

Sementara itu, media di yang berpangkalan di Sarawak melaporkan, Sarawak secara rasmi mengumumkan nama syarikat penerbangan baharunya, AirBorneo setelah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menandatangani SPA antara kerajaan Sarawak dan MAG di Hotel Hilton hari ini.

Penandatanganan itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki mewakili Kerajaan Sarawak, yang juga merupakan Pengerusi AirBorneo, sementara Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail, mewakili MAG.

Abang Johari menyatakan bahawa pemilihan nama syarikat penerbangan baharu Sarawak itu mengambil kira negeri Sabah dan Kalimantan.-utusa

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...