Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan Susulan Pertumbuhan Output Yang Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan Susulan Pertumbuhan Output Yang Lemah

Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan Susulan Pertumbuhan Output Yang Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan untuk empat hari berturut-turutdidorong oleh pertumbuhan output yang lebih lemah daripada jangkaan, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran ditutup lebih tinggi hari ini apabila laporan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan penurunan paras stok bulanannya di Malaysia.

“Kami menjangkakan harga MSM akan meraih sokongan pada paras RM4,500 satu tan dan rintangan pada paras RM4,700 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Menurut MPOB, pengeluaran minyak sawit Malaysia bagi Januari 2025 merosot sebanyak 16.80 peratus, atau 249,864 tan, kepada 1.24 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, agensi berkenaan berkata eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2025 melonjak RM47 kepada RM4,828 satu tan, Mac 2025 naik RM88 kepada RM4,689 satu tan, dan April 2025 bertambah RM89 kepada RM4,593 satu tan.

Kontrak Mei 2025 menokok RM96 kepada RM4,505 satu tan, Jun 2025 meningkat RM82 kepada RM4,408 satu tan, dan Julai 2025 menambah RM70 kepada RM4,331 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 106,188 lot daripada 100,050 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 226,292 kontrak daripada 227,401 sebelumnya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...