Wednesday , 12 February 2025
Home Nasional Kerajaan sokong langkah DBKL lakukan penguatkuasaan secara tegas, adil
Nasional

Kerajaan sokong langkah DBKL lakukan penguatkuasaan secara tegas, adil

Kerajaan sokong langkah DBKL lakukan penguatkuasaan secara tegas, adil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Kerajaan menyokong tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memastikan penguatkuasaan dilakukan secara tegas dan adil dalam memperbaiki tahap tadbir urus dan kecekapan perkhidmatan awam ke tahap lebih baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan kejayaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Zaliha Mustafa dan DBKL dalam merungkai isu lesen atas lesen membabitkan bazar Ramadan mesti diberi perakuan dan penghargaan yang tinggi.

\”Jadi saya harap dengan pelaksanaan tegas seperti di Kuala Lumpur menjadi satu contoh pelaksanaan yang baik untuk seluruh negara. Bayangkan masih ada individu yang mengambil kesempatan ke atas peniaga lain yang ingin berniaga pada bulan Ramadhan.

\”Jadi saya ucap terima kasih DBKL kerana memberikan kadar yang baik untuk peniaga yang ingin berniaga di pasar Ramadan. Namun sekiranya ada individu yang memindahkan lesen kepada individu lain, maka lesen berkenaan akan dibatalkan serta-merta,\” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa perkara itu perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan bebanan lebih besar pada masa akan datang danpeniaga juga perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Related Articles

Operasi Khas TBC 2025: 7,429 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
Nasional

Operasi Khas TBC 2025: 7,429 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan

Foto RTMKULIM, 11 Februari- 47 kenderaan pelbagai jenis disita di Kedah sepanjang...

Banjir Sarawak, Sabah: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah
Nasional

Banjir Sarawak, Sabah: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah

Foto RTMKUALA LUMPUR, 11 Februari- Seramai 994 orang daripada 334 keluarga terjejas...

Kemahiran digital boleh cetus kreativiti pelajar sekolah
Nasional

Kemahiran digital boleh cetus kreativiti pelajar sekolah

Kemahiran digital wajar didedahkan kepada pelajar sekolah memandangkan teknologi tersebut begitu meluas...

Thaipusam simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
Nasional

Thaipusam simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 10 Februari- Perdana Menteri...