Tuesday , 11 February 2025
Home Nasional Operasi Khas TBC 2025: 7,429 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
Nasional

Operasi Khas TBC 2025: 7,429 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan

Operasi Khas TBC 2025: 7,429 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan

Foto RTM

KULIM, 11 Februari- 47 kenderaan pelbagai jenis disita di Kedah sepanjang Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 bermula 20 Januari lalu dan berakhir Ahad lalu.

Daripada jumlah itu,motorsikal mencatat jumlah tertinggi iaitu 31; diikuti 12 kenderaan perdagangan dan 4 kereta.

Dalam operasi selama 19 hari itu, sebanyak 35,270 kenderaan telah diperiksa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stien Van Lutam berkata sepanjang operasi tersebut, sebanyak 7,429 notis telah dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah itu, 6,704 melibatkan notis saman.

Beliau berkata demikian selepas menyertai hari terakhir Ops Khas sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 di Jalan Sungai Ular-Kelang Lama, di sini.

Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 2,544 kenderaan telah diperiksa, dengan 570 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Beberapa buah van kilang yang beroperasi tanpa lesen kenderaan motor yangberkuatkuasa, tiada perlindungan insurans, dan melebihi kapasiti muatandibenarkan turut disita.

Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 bertujuan untuk meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.

Ia memfokuskan kepada pengesanan pematuhan syarat–syarat dan peraturan keselamatan, serta kenderaan di pandu dengan selamat berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan KenderaanPerdagangan 1987 (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010(Akta 715) dan Kaedah – Kaedah di bawahnya.

Related Articles

Banjir Sarawak, Sabah: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah
Nasional

Banjir Sarawak, Sabah: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah

Foto RTMKUALA LUMPUR, 11 Februari- Seramai 994 orang daripada 334 keluarga terjejas...

Kemahiran digital boleh cetus kreativiti pelajar sekolah
Nasional

Kemahiran digital boleh cetus kreativiti pelajar sekolah

Kemahiran digital wajar didedahkan kepada pelajar sekolah memandangkan teknologi tersebut begitu meluas...

Kerajaan sokong langkah DBKL lakukan penguatkuasaan secara tegas, adil
Nasional

Kerajaan sokong langkah DBKL lakukan penguatkuasaan secara tegas, adil

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 10 Februari- Kerajaan menyokong tindakan Dewan Bandaraya Kuala...

Thaipusam simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
Nasional

Thaipusam simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 10 Februari- Perdana Menteri...