Home Nasional Usaha perkukuh akidah, kefahaman agama umat Islam akan segera dilaksanakan
Nasional

Usaha perkukuh akidah, kefahaman agama umat Islam akan segera dilaksanakan

Usaha perkukuh akidah, kefahaman agama umat Islam akan segera dilaksanakan

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Usaha memperkukuh akidah dan kefahaman agama umat Islam di Malaysia, seperti titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, akan segera dilaksanakan bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar berkata, agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Islam negeri untuk meningkatkan usaha penyebaran agama dan memperkukuh akidah Islam.

\”JAKIM akan bekerjasama lebih giat dengan Kementerian Perpaduan Negara untuk menganjurkan program-program Dialog Harmoni yang mempromosikan perpaduan dalam negara.

\”Pada masa sama, platform Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama akan digunakan untuk memperkukuh keharmonian dan interaksi antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam,\” menurut kenyataan itu.

Mohd Na’im menerusi satu kenyataan sebagai menjawab titah Sultan Sharafuddin berhubung cadangan memperkenalkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri perayaan bukan Islam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....