Tuesday , 11 February 2025
Home Nasional Vape perlu diharamkan, ancaman kepada kesihatan awam
Nasional

Vape perlu diharamkan, ancaman kepada kesihatan awam

Vape perlu diharamkan, ancaman kepada kesihatan awam

Foto hiasan/RTM

KUALA LUMPUR, 10 Februari –Kerajaan perlu segera mengharamkan penggunaan vape, kerana ia disifatkan sebagai satu ancaman kepada kesihatan awam.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) Dr. Mohd Afiq Mohd Nor, tidak mustahil untuk kerajaan membuat keputusan mengharamkan vape.

Malah jelasnya cabaran yang ada, perlu diatasi dan bukan dijadikan alasan untuk terus membiarkan industri itu berkembang tanpa kawalan tegas.

“Malaysia sebagai pengerusi ASEAN perlu melihat negara jiran seperti Singapura dan Thailand telah mengharamkan vape.

\”Terkini, Vietnam juga telah mengikuti langkah mengharamkan vape ini. Oleh itu, inilah masa paling tepat untuk negara kita menjadi teladan yang baik untuk mengharamkan vape kerana perkara ini tidak mustahil,\” jelasnya kepada RTM.

Selain itu, penggubalan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awan 2024 menunjukkan kerajaan sebenarnya sudah mempunyai kuasa lebih efektif untuk melarang promosi, penajaan, jualan atas talian, dan penjualan secara terbuka di pasaran.

“Malahan, setiap produk merokok yang dijual mestilah didaftarkan termasuklah kandungan cecair vape,\” tambahnya.

Dalam situasi semasa, Dr. Mohd Afiq yang juga Pakar Perubatan Kecemasan di Pusat Perubatan Univeristi Malaya berkata industri vape bukan sekadar perniagaan yang melibatkan golongan muda, tetapi ia semakin membimbangkan dan menjadi ancaman kepada kesihatan awam.

“Bukti saintifik menunjukkan kesan buruknya, termasuk peningkatan ketagihan nikotin dalam kalangan remaja serta penyalahgunaan cecair vape yang dicampur dengan bahan terlarang. Oleh itu, kerajaan berperanan penting dalam mengambil langkah tegas untuk melindungi kesihatan rakyat,” jelasnya.

Perkara sama disokong, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf yang bertugas di Jabatan Perubatan Kecemasan Fakulti Perubatan, UM. Katanya membenarkan industri ini terus berkembang dengan alasan kawalan ‘ekosistem’ bukanlah langkah memadai dan boleh mendatangkan risiko yang tinggi.

“Adakah kita mahu mengadaikan majoriti masa depan kesihatan fizikal dan mental anak pewaris bangsa kita semata-mata kerana pendapatan lumayan yang dikecapi sebahagian kecil anak muda yang menjadi pemain industri vape. Apabila kesihatan awam menjadi pertaruhan, kerajaan perlu mengambil langkah lebih tegas dan berani,” soalnya.

Justeru Dr. Mohd Hafyzuddin mahu tindakan segera amat diperlukan dengan mengambil pendekatan lebih proaktif dalam menangani ancaman vape, seterusnya mempertimbangkan larangan lebih menyeluruh atau sekatan lebih ketat.

Ini bagi melindungi generasi muda daripada bahaya ketagihan nikotin dan bahan terlarang. Langkah ini juga selaras Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan vape adalah haram pada 2015.

Related Articles

Operasi Khas TBC 2025: 7,429 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
Nasional

Operasi Khas TBC 2025: 7,429 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan

Foto RTMKULIM, 11 Februari- 47 kenderaan pelbagai jenis disita di Kedah sepanjang...

Banjir Sarawak, Sabah: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah
Nasional

Banjir Sarawak, Sabah: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah

Foto RTMKUALA LUMPUR, 11 Februari- Seramai 994 orang daripada 334 keluarga terjejas...

Kemahiran digital boleh cetus kreativiti pelajar sekolah
Nasional

Kemahiran digital boleh cetus kreativiti pelajar sekolah

Kemahiran digital wajar didedahkan kepada pelajar sekolah memandangkan teknologi tersebut begitu meluas...

Kerajaan sokong langkah DBKL lakukan penguatkuasaan secara tegas, adil
Nasional

Kerajaan sokong langkah DBKL lakukan penguatkuasaan secara tegas, adil

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 10 Februari- Kerajaan menyokong tindakan Dewan Bandaraya Kuala...