Tuesday , 11 February 2025
Home Nasional Penunggang motosikal rekod kesalahan paling tinggi di Selangor
Nasional

Penunggang motosikal rekod kesalahan paling tinggi di Selangor

Penunggang motosikal rekod kesalahan paling tinggi di Selangor

Op TBC 2025 oleh JPJ Negeri Selangor/ Facebook JPJ Negeri Selangor

KAJANG, 10 Februari– Penunggang motosikal merekodkan kesalahan paling tinggi di Selangor dengan 1,721 kes menerusi Operasi Khas Tahun Baharu Cina yang bermula 20 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, sebanyak 97,088 kenderaan diperiksa, namun motosikal merupakan kenderaan yang paling banyak disaman melibatkan pelbagai kesalahan. Diikuti lori melebihi 7,500 kilogram sebanyak 1,378 kes dan lori kurang 7,500 kilogram sebanyak 1,071 kes.

\”Kesalahan tertinggi ialah tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta lesen kenderaan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

\”Laporan penguatkuasaan Op Tahun Baharu Cina sehingga 8 Februari adalah seperti tiada LKM, LKM tamat tempoh dan perlindungan insurans sebanyak 2,996. Kedua tiada lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh sebanyak 1,590, ketiga kesalahan teknikal kenderaan yang meliputi tidak selenggara kenderaan, tayar haus, lampu brek tidak berfungsi serta cermin gelap sebanyak 4,104.

Beliau berkata demikian pada sidang media Penutup Operasi Khas Tahun Baharu Cina peringkat Selangor di Kajang.

Tambah beliau, sebanyak 8,242 notis saman dikeluarkan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

Related Articles

Operasi Khas TBC 2025: 7,429 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
Nasional

Operasi Khas TBC 2025: 7,429 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan

Foto RTMKULIM, 11 Februari- 47 kenderaan pelbagai jenis disita di Kedah sepanjang...

Banjir Sarawak, Sabah: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah
Nasional

Banjir Sarawak, Sabah: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah

Foto RTMKUALA LUMPUR, 11 Februari- Seramai 994 orang daripada 334 keluarga terjejas...

Kemahiran digital boleh cetus kreativiti pelajar sekolah
Nasional

Kemahiran digital boleh cetus kreativiti pelajar sekolah

Kemahiran digital wajar didedahkan kepada pelajar sekolah memandangkan teknologi tersebut begitu meluas...

Kerajaan sokong langkah DBKL lakukan penguatkuasaan secara tegas, adil
Nasional

Kerajaan sokong langkah DBKL lakukan penguatkuasaan secara tegas, adil

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 10 Februari- Kerajaan menyokong tindakan Dewan Bandaraya Kuala...