Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatifdijangka didagangkan lebih tinggi pada minggu depan disebabkan permintaan yang berterusan untuk aset selamat seperti emas.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pelepasan data upah bukan perladangan pada Jumaat akan menentukan trajektori emas,memandangkan pasaran sedang mengukur sama ada laluan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan menjadi lebih baik atau mendatar. Laporan pekerjaan yang lebih lemah mungkindapat memperkuatkan jangkaan pemotongan kadar, seterusnya meningkatkan emas, manakala data yang lebih baik akan memberikan tekanan jangka pendek ke atas logam berharga itu.

“Ini bermakna,gambaran yang lebih besar masih kekal iaitu kebimbangan berkaitan dengan perang perdagangan, risiko geopolitikdan pembelian bank pusat yang akan terus menyokong emas.Dengan 2025 dijangka menjadi tahun ketidakpastian ekonomi dan politik yang semakin meningkat, pengukuhan emas masih mempunyai sasaran pada paras US$3,000. Sekiranya tarif naik semula atau inflasi melonjak, kenaikan emas mungkin berlaku lebih cepat,”kata Innes kepada Livevartha.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak Februari 2025 melonjak kepada US$2,871.50 setiap auns troy berbanding US$2,754.10 sebelum ini. Kontrak Mac 2025 berada pada US$2,882.50 setiap auns troy manakala kontrak April, Mei dan Jun 2025 ditutup lebih tinggi pada US$2,888.10 daripada US$2,762.60 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada 238 lot berbanding sifar pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menokokkepada 69 kontrak daripada 25.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 6 Feb,harga emas fizikal berada pada US$2,838.95 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...