Home Ekonomi Niaga hadapan emas dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Februari– Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih tinggi pada minggu depan disebabkan permintaan yang berterusan untuk aset selamat seperti emas.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pelepasan data upah bukan perladangan pada Jumaat akan menentukan trajektori emas, memandangkan pasaran sedang mengukur sama ada laluan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan menjadi lebih baik atau mendatar.

Laporan pekerjaan yang lebih lemah mungkin dapat memperkuatkan jangkaan pemotongan kadar, seterusnya meningkatkan emas, manakala data yang lebih baik akan memberikan tekanan jangka pendek ke atas logam berharga itu.

“Ini bermakna, gambaran yang lebih besar masih kekal iaitu kebimbangan berkaitan dengan perang perdagangan, risiko geopolitik dan pembelian bank pusat yang akan terus menyokong emas.

Dengan 2025 dijangka menjadi tahun ketidakpastian ekonomi dan politik yang semakin meningkat, pengukuhan emas masih mempunyai sasaran pada paras US$3,000. Sekiranya tarif naik semula atau inflasi melonjak, kenaikan emas mungkin berlaku lebih cepat,” kata Innes kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak Februari 2025 melonjak kepada AS$2,871.50 setiap auns troy berbanding AS$2,754.10 sebelum ini.

Kontrak Mac 2025 berada pada AS$2,882.50 setiap auns troy manakala kontrak April, Mei dan Jun 2025 ditutup lebih tinggi pada AS$2,888.10 daripada AS$2,762.60 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada 238 lot berbanding sifar pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 69 kontrak daripada 25.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 6 Februari, harga emas fizikal berada pada AS$2,838.95 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...