Home Nasional UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UM

KUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di Raub, Pahang menerima pendidikan kesihatan pergigian dan saringan kanser bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap kesihatan mulut dan kanser mulut.

Program khidmat masyarakat itu dilaksanakan 42 sukarelawan terdiri daripada Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPB Group Berhad, Pertubuhan Komuniti ELITE, National Cancer Society of Malaysia (NCSM) dan Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA).

Universiti Malaya (UM) dalam satu kenyataan berkata, objektif utama program itu adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian yang menyeluruh kepada masyarakat Orang Asli di Raub, termasuk, pendidikan kesihatan mulut, penskaleran mulut, topikal fluorida dan tampalan gigi mudah jika perlu dan kesedaran masyarakat itu terhadap pengesanan awal kanser mulut.

\”Antara aktiviti yang dilaksanakan kepada para pelajar sekolah berkenaan adalah demonstrasi memberus gigi yang telah
ditunjuk ajar oleh Pelajar Pasca ijazah Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.

\”Di samping itu, berus gigi dan ubat gigi berflorida diberi secara percuma kepada semua pelajar yang terlibat sebagai tanda galakan dalam penyertaan aktiviti. Selain itu, kuiz tentang kesihatan mulut turut diberikan kepada pelajar sekolah berkenaan,\” menurut kenyataan itu.

Program khidmat masyarakat itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk Orang Asli Semai, malah memberi pengalaman berharga kepada pasukan pergigian dari UM.

\”Kegembiraan seluruh penduduk kampung jelas terpancar di wajah mereka. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat Orang Asli dan membuatkan mereka lebih cakna kepada kepentingan penjagaan kesihatan pergigian mereka,\” kata kenyataan itu lagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....