Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024
Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional Berhad

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi berjumlah RM5.1 bilion pada 2024.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, pertumbuhan itu dipacu strategi kewangan yang baik, pendapatan dividen yang stabil dan peningkatan nilai ekuiti awam global.

Jelasnya, bagi tempoh sama, Nilai Aset Bersih meningkat ketara kepada RM103.6 bilion berbanding RM84.8 bilion pada 2023.

\”Pada tahun 2024, ekonomi kekal kukuh dan berdaya tahan.

\”Dengan pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) yang mantap sebanyak 5.2 peratus, kita menyaksikan eksport yang kukuh, kedatangan pelancong yang meningkat, kelulusan bagi Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diterima, serta pasaran saham yang memberi tindak balas positif dan menunjukkan peningkatan,\” katanya pada sesi Taklimat Kewangan Tahunan Khazanah 2025 di sini.

Sementara itu, Khazanah turut mengumumkan dividen RM1 bilion kepada kerajaan untuk tahun 2024.

Ini menjadikan jumlah dividen terkumpul sebanyak RM19.1 bilion, sejak 2004.

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...