Home Nasional Projek ECRL capai kemajuan 78.5 peratus setakat Januari
Nasional

Projek ECRL capai kemajuan 78.5 peratus setakat Januari

Projek ECRL capai kemajuan 78.5 peratus setakat Januari

Pekerja Projek ECRL giat melakukan kerja-kerja pemasangan landasan di stesen Kota Bharu/ BERNAMA

KUANTAN, 4 Februari– Kemajuan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Timur, telah mencapai 78.5 peratus setakat Januari, tahun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, tahap kemajuan yang memberangsangkan itu, selari dengan jadual penyiapan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada Januari 2027.

Beliau berkata, jajaran rel antara Gombak dan Pelabuhan Klang pula dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2027 dan beroperasi pada Januari 2028.

“Projek ini akan membawa manfaat ekonomi dan menjadi pemangkin untuk menarik lebih banyak (lagi) pelaburan di Pantai Timur, mewujudkan banyak peluang pekerjaan di Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya.

Tambah beliau, projek itu juga memfokuskan kelestarian alam sekitar seiring pembangunan mampan serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Laporan Impak Sukuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia Rail Link (MRL) bagi Projek ECRL di Tapak Projek ECRL Seksyen 10, di sini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Projek ECRL yang bernilai RM50.27 bilion itu turut dibina 15 kilometer jejambat, 41 terowong, dan 28 lintasan haiwan liar sekali gus meminimumkan gangguan kepada ekosistem serta melindungi spesis terancam seperti gajah, harimau dan tapir.

Selain itu, projek ini juga telah mencipta lebih 18,000 peluang pekerjaan dengan melibatkan lebih 3,200 kontraktor tempatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....