Home Ekonomi Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila penangguhan sementara kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Mexico dan Kanada telah merangsang pertumbuhan global, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penangguhan selama 30 hari pelaksanaan tarif import AS ke atas Kanada dan Mexico merupakan faktor utama yang mempengaruhi pasaran mata wang.

“Ia menunjukkan terdapat ruang untuk pihak-pihak berbincang bagi mencapai penyelesaian secara damai. Bagaimanapun, situasi masih tidak menentu memandangkan terdapatnya elemen kejutan.

“China telahpun bertindak balas dengan kenaikan tarif ke atas produk tertentu berkaitan dengan peralatan pertanian dan import tenaga dari AS. Oleh itu pasaran mata wang dijangka terus kekal tidak menentu,” katanya kepada Bernama.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ancaman tarif dijangka berterusan pada masa depan terutamanya menjelang 1 April, tarikh akhir yang ditetapkan oleh Presiden AS Donald Trump bagi kajian semula pasukan perdagangannya.

“Ini boleh membawa pendekatan yang lebih khusus sektor, dengan masa pendahuluan yang lebih lama untuk sebarang langkah-langkah baharu.

“Walaupun beberapa hari kebelakangan ini dibayangi permainan politik, namun jelas bahawa pentadbiran baharu (AS) sedang merangka pelan jangka panjang yang bertujuan untuk membina semula perdagangan global yang memihak kepada Amerika,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8581/8645 daripada 2.8838/8898, turun berbanding euro kepada 4.5905/6003 daripada 4.5747/5839 dan susut berbanding pound British kepada 5.5167/5285 daripada 5.4966/5077.

Unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2741/2813 daripada 3.2709/2777 tetapi meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1241/1580 daripada 13.1345/1687.

Unit tempatan kukuh sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 271.5/272.2 daripada 271.7/272.5 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.63 daripada 7.62/7.64.- Livevartha

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...