Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha)–Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat, kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.3905/3980 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 ketika ditutup pada Isnin.

Innes berkata laporan mendedahkan cadangan Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent untuk mengenakan tarif berperingkat bermula pada 2.5 peratus, yangmeresahkan pasaran.

“Pendekatan terhadap tarif yang berperingkatitu meredakan lonjakan dolar serta-merta dan memberi ruang kepada ekonomi untuk berbincang,” katanya kepada Livevartha.

Walaupun Malaysia tidak disasarkan untuk tarif itu secara langsung, tetapi pergantungan ekonominya kepada China boleh menimbulkan risiko.

"Peniaga sedang menilai berapa banyak rancangan tarif itu memberi kesandan sama ada kekuatan dolar akan berterusan," tambahnya.

Pada penutup dagangan,ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8242/8292 daripada 2.8313/8357 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5819/5898 daripada 4.5900/5968 pada Isnin.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) —...

Cuti Tahun Baru Cina Jejaskan Niaga Hadapan Emas
Pasaran

Cuti Tahun Baru Cina Jejaskan Niaga Hadapan Emas

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan...

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Susulan Dolar AS Mengukuh
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Susulan Dolar AS Mengukuh

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 27 Jan(Livevartha)–Ringgit ditutup sedikit rendahhari...