Wednesday , 5 February 2025
Home Ekonomi Upah sektor formal meningkat 5.6 peratus setakat September 2024
Ekonomi

Upah sektor formal meningkat 5.6 peratus setakat September 2024

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR, 27 Januari– Upah sektor formal meningkat 5.6 peratus kepada RM2,745 setakat September 2024.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menerusi kenyataan berkata, peningkatan median upah bulanan, mencerminkan landskap pasaran buruh yang lebih baik pada suku ketiga tahun lalu.

Beliau berkata kenaikan itu juga selari prestasi ekonomi negara yang kukuh.

Bagi bulan berkenaan, bilangan pekerja formal warganegara mencecah 6.82 juta orang. Ia meningkat 2.1 peratus, berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Semua sektor ekonomi menunjukkan pertumbuhan positif bagi median upah.

Sektor perlombongan dan pengkuarian terus merekodkan angka tertinggi, meningkat 13.5 peratus kepada RM5,900.

Sementara itu, kesemua negeri menunjukkan pertumbuhan positif tahun ke tahun bagi median upah bulanan.

Tiga negeri melepasi median upah bulanan nasional adalah Kuala Lumpur sebanyak RM3,964, diikuti Selangor RM3,000 dan Pulau Pinang RM2,800.

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...