Wednesday , 29 January 2025
Home Nasional Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo
Nasional

Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo

Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR, 26 Januari – Kira-kira 1,000 pesawah yang dijangka akan hadir ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) pagi esok dinasihatkan untuk menukar tarikh dan waktu kunjungan mereka, kata Ketua Polis Negara.

Tan Sri Razarudin Husain menerusi kenyataan berkata, ini kerana bertindih dengan lawatan rasmi Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto esok.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persediaan keselamatan yang rapi bagi memastikan lawatan Presiden Indonesia itu berjalan lancar tanpa sebarang ancaman keselamatan.

“PDRM menghormati hasrat para peserta kunjungan 1,000 pesawah tersebut, namun menasihatkan mereka supaya memilih tarikh dan waktu yang berbeza bagi memastikan penyelarasan tugas keselamatan berjalan dengan lebih sempurna,” katanya.

Menurut beliau lagi, langkah ini bertujuan mengelakkan kesulitan kepada para pesawah yang mungkin terpaksa menjalani prosedur keselamatan yang ketat.

\”…Ini kerana lawatan Presiden Indonesia mendapat status tetamu negara dengan kawalan keselamatan yang dipertingkatkan,\” katanya.

Tambah beliau, aturan keselamatan ini selari dengan tanggungjawab PDRM di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, yang bertujuan memelihara undang-undang, ketenteraman awam, dan keselamatan negara.

PDRM turut menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Related Articles

Banjir Sarawak: Lebih 700 orang terjejas, 11 PPS aktif
Nasional

Banjir Sarawak: Lebih 700 orang terjejas, 11 PPS aktif

Foto BERNAMAKUCHING, 29 Januari- Seramai 744 orang daripada 207 keluarga terjejas banjir...

Seorang maut, empat tertimbus tanah runtuh di Miri
Nasional

Seorang maut, empat tertimbus tanah runtuh di Miri

Foto RTMKUCHING, 29 Januari- Seorang maut manakala empat lagi tertimbus dalam insiden...

Operasi TBC: JPJ Terengganu keluar 1,968 saman
Nasional

Operasi TBC: JPJ Terengganu keluar 1,968 saman

Foto RTMKUALA TERENGGANU, 29 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 1,968...

Enam dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh di Miri
Nasional

Enam dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh di Miri

Foto TVS/JKM MiriKUCHING, 29 Januari- Enam mangsa dikhuatiri tertimbus dalam satu insiden...