Home Ekonomi ASEAN perkukuh daya tahan rantaian bekalan melalui tenaga hijau dan inovasi digital
Ekonomi

ASEAN perkukuh daya tahan rantaian bekalan melalui tenaga hijau dan inovasi digital

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Januari – ASEAN sedang mempergiat usaha tenaga hijau dan inovasi digital bagi memperkukuh daya tahan rantaian bekalan serta mengekalkan kedudukannya dalam perdagangan global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata industri di rantau ini kini sedang menyesuaikan semula rantaian bekalan dengan memberi penekanan kepada aspek daya tahan.

Sementara itu, penggubal dasar bekerjasama untuk mengurangkan risiko dan merebut peluang baharu.

“Mengemudi hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan menjadi faktor penting bagi Malaysia dan ASEAN kerana rantaian bekalan adalah sangat kritikal untuk rantau ini. Banyak syarikat terlibat dengan kita dan mereka kini membuat penyesuaian berdasarkan daya tahan, keselamatan serta pertimbangan komersial.

“Sebagai penggubal dasar, ketika kita melibatkan diri dengan jiran dan rakan kongsi, kepelbagaian dan pengurangan risiko mesti menjadi keutamaan,” katanya melalui hantaran video di media sosial sempena Forum Ekonomi Dunia 2025.

Tengku Zafrul turut menjelaskan, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara adalah sejajar dengan usaha serantau seperti Grid Kuasa ASEAN bagi memastikan akses kepada tenaga boleh baharu.

Tambahnya, kemajuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital turut menawarkan peluang pertumbuhan yang signifikan, meskipun menghadapi cabaran seperti sekatan eksport cip.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...