Home Nasional Pembangunan bandar, identiti negara perlu dipertahan meliputi seni dan budaya – PM
Nasional

Pembangunan bandar, identiti negara perlu dipertahan meliputi seni dan budaya – PM

Pembangunan bandar, identiti negara perlu dipertahan meliputi seni dan budaya – PM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Januari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu perancangan pembangunan bandar mempertahankan identiti negara.

Tegasnya, aspek itu penting terutama melibatkan aspek kesenian dan kebudayaan.

Aspek keindahan kesenian budaya yang tersendiri dan unik itu mesti kita pertahankan. Beritahu pada Datuk Bandar yang ada di sini. Setiap kali kita bangunkan projek-projek, sekecil warung atau setinggi bangunan mega, jangan tinggalkan aspek teknologi canggih yang tentunya saudara kuasai.

Tetapi, perlu kita jadikan Malaysia ini dari segi perancangannya, sosok bandarnya, kotanya sebagai yang unik, yang tersendiri, yang dikenali. Ini corak Malaysia, ketimbang New York atau London atau Jepun,\” kata Anwar malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Perancangan 2024 di ibu negara.

Jelas beliau, selain perancangan yang tersusun perancangan bandar juga perlu mengambil kira persekitaran hijau dan keselesaan rakyat, agar tiada jurang dalam kalangan masyarakat.

Oleh itu, semua pihak perlu memanfaatkan masa dan peluang yang ada, terutama dalam memberikan tumpuan penuh kepada agenda pembangunan negara.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengucapakan tahniah kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Felo Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia 2024, dalam membangunkan negeri Sarawak.

Related Articles

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil
Nasional

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin / Foto RTMSEKINCHAN, 2 Februari-Kerajaan Selangor...

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'
Nasional

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'

Foto RTMGEORGETOWN. 2 Februari-Lebih 200,000 pengunjung menghadiri acara kebudayaan \’Penang Miao Hui\’...

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis
Nasional

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis

Foto RTMMATA AYER, 2 Februari– Lebih 3,000 komuniti setempat memeriahkan Karnival Madani...

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak
Nasional

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak

Foto RTMKUALA PERLIS, 2 Februari– Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) menghulurkan sumbangan...