Home Nasional ANGKASA tawar khidmat urusan harta pusaka, hibah secara potong gaji
Nasional

ANGKASA tawar khidmat urusan harta pusaka, hibah secara potong gaji

ANGKASA tawar khidmat urusan harta pusaka, hibah secara potong gaji

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Januari– Penjawat awam kini boleh merancang harta pusaka dan hibah menerusi potongan gaji ANGKASA secara bulanan.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata inisiatif itu dilihat lebih mudah dalam membantu penjawat awam menguruskan harta pusaka mereka dengan lebih sistematik dan berkesan.

Ini secara tidak langsung memperkukuh kepercayaan orang ramai terhadap ANGKASA sebagai institusi yang peduli akan kebajikan rakyat.

\”Kita tahu kalau dari segi agama, kalau kita orang Islam buat wasiatnya sesuatu perkara yang amat-amat dituntut. Ini sebab kita tak nak ada masalah nanti apabila kita sudah meninggal dunia.

Maksudnya, akan timbul masalah sosial, masalah menyebabkan putus silaturrahim atau bergaduh.

Untuk tempoh 11 tahun sejak MyAngkasa wujud, kita telah menguruskan lebih setengah juta kes bernilai RM240 bilion, pengurusan wang amanah sebanyak RM300 juta,\” kata Datuk Fattah kepada pemberita, malam tadi.

Beliau ditemui media selepas merasmikan malam Apresiasi Rakan Niaga Korporat MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dan Pelancaran Logo Baharu MAAB di ibu negara.

Lebih 300 rakan niaga hadir terdiri daripada bank tempatan dan koperasi serta institusi Korporat

Sementara itu, jumlah penjawat yang membuat pinjaman meningkat susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan AWAM (SSPA).

Jelas Datuk Seri Dr Abdul Fattah, peningkatan tersebut ekoran perubahan struktur gaji lebih baik sekali gus memberi manfaat kepada penjawat awam membuat pinjaman.

\”Kepada mana-mana penjawat awam yang nak buat pinjaman, buatlah pinjaman menerusi koperasi koperasi yang benar-benar menawarkan pinjaman. Ini daripada koperasi, yang maksudnya secara kreditlah,\” tambahnya.

Related Articles

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Nasional

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0

Foto Fail/ BernamaMELAKA, 27 Januari – Kerajaan Melaka belum membincangkan cadangan mewujudkan...

Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan negara
Nasional

Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan negara

Foto BernamaSUBANG, 27 Januari – Presiden Indonesia Prabowo Subianto, tiba di Malaysia...

Anwar harap himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo
Nasional

Anwar harap himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 26 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru...

Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo
Nasional

Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain KUALA LUMPUR, 26 Januari –...