Home Ekonomi Indeks Pelopor meningkat 2.5 peratus pada November 2024
Ekonomi

Indeks Pelopor meningkat 2.5 peratus pada November 2024

Indeks Pelopor meningkat 2.5 peratus pada November 2024

PETALING JAYA: Prestasi ekonomi Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan positif dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan 2.5 peratus pada November 2024, mencapai 112.6 mata berbanding 109.9 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan dua digit dalam Indeks Perusahaan Bursa Malaysia sebanyak 24.6 peratus menjadi penyumbang utama kepada kenaikan itu.

“Secara bulanan, IP memulih kepada 1.1 peratus selepas mengalami penurunan selama tiga bulan berturut-turut, disumbangkan oleh hampir kesemua komponen kecuali bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (-0.2 peratus) dan bilangan syarikat baru didaftar (-0.1 peratus).

“Melihat kepada arah aliran jangka panjang terlicin pada November 2024, IP kekal berada di bawah 100 mata.

“Meskipun masih berada di bawah trend, ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan eksport berkaitan semikonduktor yang meningkat berikutan permintaan global yang mampan,” katanya dalam kenyataan.

Bagi kedudukan ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) mengekalkan pertumbuhan positifnya dengan mencatatkan 1.9 peratus, mencecah 126.4 mata berbanding 124.1 mata pada bulan sama tahun sebelumnya.

“Prestasi ini mencerminkan peningkatan yang meluas merentas semua komponen IS.

“Pada masa yang sama, prestasi bulanan IS meningkat marginal 0.03 peratus pada November 2024 disokong oleh peningkatan gaji dan upah benar dalam pembuatan dan indeks pengeluaran perindustrian, masing-masing menyumbang 0.1 peratus,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...