Home Nasional Perak terima sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran
Nasional

Perak terima sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran

Perak terima sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad

IPOH, 23 Januari – Perak berjaya menjadi antara lima negeri terbaik dalam tadbir urus kewangan selepas menerima pengiktirafan Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 2023.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pengiktirafan tersebut hasil daripada kejayaan negeri itu menarik pelabur luar dan dalam negara selain keberkesanan dasar fiskal dan pengurusan ekonomi yang berhemat menjadi tunjang kepada pencapaian tersebut.

Jelasnya, setakat tahun 2024 sebanyak RM1.33 bilion hasil negeri yang berjaya dikutip, meningkat RM118 juta berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan ia tertinggi dalam sejarah.

\”Dalam aspek pengurusan kewangan, Perak mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan, kutipan hasil negeri pada tahun 2024 direkodkan mencecah RM1.332 bilion, meningkat RM118 juta berbanding tahun sebelumnya. Alhamdulillah, angka ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah,\” kata Saarani.

Beliau berucap dalam majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baru 2025 bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Hotel Casuarina@ Meru, di sini.

Tambahnya, setakat tahun 2020, sebanyak 1,503 projek telah diluluskan dengan nilai pelaburan keseluruhan berjumlah RM36 bilion dengan lebih 28,000 peluang pekerjaan baharu berjaya diwujudkan.

Ini menjadikan Perak sebagai antara destinasi pelaburan utama sekali gus menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai Most Outstanding Ease Of Doing Business Initiative oleh KIGIP.

Related Articles

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil
Nasional

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin / Foto RTMSEKINCHAN, 2 Februari-Kerajaan Selangor...

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'
Nasional

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'

Foto RTMGEORGETOWN. 2 Februari-Lebih 200,000 pengunjung menghadiri acara kebudayaan \’Penang Miao Hui\’...

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis
Nasional

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis

Foto RTMMATA AYER, 2 Februari– Lebih 3,000 komuniti setempat memeriahkan Karnival Madani...

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak
Nasional

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak

Foto RTMKUALA PERLIS, 2 Februari– Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) menghulurkan sumbangan...