Wednesday , 5 February 2025
Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi tiga hari berturut-turut, faktor AS DXY merosot
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi tiga hari berturut-turut, faktor AS DXY merosot

KUALA LUMPUR, 22 Januari– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kerana pelabur menunggu petunjuk lanjut dari White House berhubung perkembangan dalam dasar perdagangan.

Pada pukul 8.00 pagi, ringgit diniagakan pada 4.4660/4785 berbanding dolar US daripada 4.4730/4780 semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY dilaporkan merosot kepada 107.981 mata, paras terendah sejak 27 Disember, 2024.

Beliau berkata pasaran mata wang mungkin akan memberi tumpuan kepada apa yang akan dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 itu dengan tarif import.

“Trump telah memberi petunjuk bahawa pentadbirannya sedang membincangkan mengenai tarif import 10 peratus yang akan dikenakan terhadap China kerana penghantaran fentanyl dari China ke Mexico dan Kanada.

\”Walaupun langkah sedemikian tidak mengejutkan, ia menunjukkan tahap tarif akan diukur, dan ia akan dilaksanakan selepas pertimbangan sewajarnya dibuat,\” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pasaran akan kekal dalam kebimbangan kerana Trump mengenakan tarif lebih tinggi terhadap negara jiran AS seperti Kanada dan Mexico.

Setakat ini, nampaknya terdapat mod risiko dalam pasaran ekuiti manakala hasil Perbendaharaan AS terus menurun.

“Mungkin Trump 2.0 (bermaksud penggal kedua Trump sebagai Presiden AS) mengambil berat tentang kenaikan tarif import.

\”Ini mungkin positif untuk ringgit, walaupun pasaran mata wang akan terus kekal berhati-hati dalam tempoh terdekat, kerana dolar US-ringgit dijangka sekitar 4.47 hingga 4.48 hari ini,\” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata walaupun dolar US telah mengukuh berikutan pengumuman Trump mengenai tarif 10 peratus ke atas China, kenyataannya telah meredakan ketidaktentuan pasaran kerana jangkaan tertumpu kepada pelaksanaan tarif yang lebih besar.

Bagaimanapun, beliau berkata kedudukan turun naik mata wang berlanjutan kerana pasaran menunggu petunjk lanjut daripada Rumah Putih berhubung perkembangan dalam dasar perdagangan.

“Walaupun begitu, ringgit telah menunjukkan kedudukan turun naik lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang pasaran sedang pesat membangun lain, ia mungkin memacu peningkatan permintaan pelabur terhadap ringgit dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding euro kepada 4.6478/6608 daripada 4.6291/6343 ketika ditutup pada Selasa dan jatuh berbanding pound Britain 5.5102/5256 daripada 5.4781/4842, bagaimanapun meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8682/8765 daripada 2.8691/8725.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia berkurangan berbanding baht Thailand kepada 13.1349/1810 daripada 13.1123/1347, merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 273.2/274.1 daripada to 273.6/274.1 dan menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.2969/3064 daripada 3.2899/2941.

Bagaimanapun, ia melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.66 daripada 7.65/7.66 sebelumnya.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...