Wednesday , 5 February 2025
Home Ekonomi OPR kekal, sokong pertumbuhan ekonomi
Ekonomi

OPR kekal, sokong pertumbuhan ekonomi

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 22 Januari-Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus adalah langkah strategik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara yang diunjur mencapai 5.1 peratus keseluruhan tahun lalu.

Ketua penyelidikan pelaburan OB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pengekalan kadar OPR itu mampu menstabilkan kos pinjaman pada kadar yang berpatutan dan berupaya merangsang keyakinan perniagaan dan pelabur.

\”Dengan mengekalkan OPR pada kadar semasa, Bank Negara dapat mengurangkan tekanan inflasi sambil mengelak pendirian dasar monetari yang terlalu ketat yang boleh menjejaskan aktiviti ekonomi.

\”Dengan mengekalkan kadar OPR semasa iaitu pada 3 peratus, ini memberikan ekonomi peluang untuk menyerap sepenuhnya kesan daripada penyesuaian tersebut, sekali gus menerapkan pendekatan yang seimbang tanpa memberi tekanan yang berlebihan\”, katanya demikian ketika ditemui RTM.

Tambah beliau, kesan kenaikan gaji penjawat awam terhadap inflasi dilihat terkawal dengan sokongan peningkatan produktiviti.

Di peringkat global, pertimbangan tarif lebih rendah oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi kelegaan kepada pasaran.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan OPR kekal pada paras 3 peratus untuk kali ke-10 berturut-turut, sejak Mei 2023.

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...