Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik, merupakan kunci utama dalam mengemudi hubungan antarabangsa yang kompleks, terutama, dalam konteks penglibatan Malaysia dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.

\”Saya tidak berpeluang untuk bertemu dengan Presiden AS Donald Trump.Namun, daripada yang saya dengar mengenai pengumuman-pengumuman yang dibuatnya.

\”Saya rasa beliau juga tahu mengenai kepentingan AS dengan saling bergantung antara negara dan beliau perlu untuk melihat banyak kepentingan di luar, termasuk China,\” katanya.

Beliau berkata demikianpada sesi Country Strategy Dialogue di luar Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, di sini.

Perdana Menteri turut mengulangi potensi ASEAN sebagai model untuk perpaduan dan kerjasama dengan mengetengahkan masyarakat berbilang budaya Malaysia dalam usaha memupuk keamanan berikutanketegangan global semasa.

Dalam perkembangan lain, Anwar memaklumkan bahawa tiada keperluan mendesak untuk Malaysia melaksanakan penggunaan tenaga nuklear.

Beliau berkata, ketika ini negara sedang meneroka potensi tenaga solar dan GridTenagaASEAN(APG).

\”Penggunaan data pusat bagi tenaga amat luas. Menerusi pertemuan bersama, banyak pihak mencadangkan untuk memasang reaktor modular. Ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

\”Perkara ini menunjukkan terdapat opsyen lain menggantikan nuklear. Malaysia bersama Indonesia dan Thailand sedang memulakan langkah ini. Saya cuba untuk bergerak bersama demi memastikankedudukan kedudukan kewangan berada pada tahap baik,\” katanya lagi.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...

Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan
Nasional

Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump/Foto AFPKUALA LUMPUR, 21 Januari –...