Home Ekonomi Ekonomi Malaysia dianggarkan meningkat 4.8 peratus
Ekonomi

Ekonomi Malaysia dianggarkan meningkat 4.8 peratus

Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Anggaran awalan, ekonomi Malaysia meningkat kepada 4.8 peratus pada suku tahun keempat 2024 dipacu sektor ekonomi domestik dan sektor perkhidmatan.

Penganalisis Ekonomi Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat, sektor tersebut menyumbang kepada aktiviti borong dan runcit mencerminkan perbelanjaan pengguna serta keupayaan perniagaan untuk terus berkembang.

Kestabilan dua sektor itu menjadi faktor daya tahan sektor-sektor lain, sekali gus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.

\”Begitu juga kuasa beli dalam kalangan pengguna terus mantap. Seterusnya adalah subsektor pengangkutan dan logistik menunjukkan berlaku pelbagai gerakan untuk menampung ekonomi, komunikasi dan juga pelaburan kepada pusat data ataupun maklumat,\” katanyaketika dihubungi RTM.

Dalam pada itu projek-projek mega melibatkan sektor pembinaan diterajui kerajaan akan merancakkan sektor berkenaan serta memberi impak berganda kepada sektor perkhidmatan.

Perkara berkenaan dilihat akan memacu pembangunan infrastruktur negara tetapi turut menyumbang kepada kemajuan sektor-sektor lain, sekali gus meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...