Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Karina Imran
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuhberbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah selepas Presiden Donald Trump dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden ke-47, tidak mengumumkan sebarang tarif baharu, khususnya ke atas China.
Pada jam 8 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras4.4650/4815 berbanding dolar AS yang meningkat daripada 4.4910/4960 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 1.16 peratus kepada108.082 mata selepas ucapan Trump dalam majlis angkat sumpahnya, malam tadi.
“Tiada sebarang pengumuman khusus mengenai kenaikan tarif ke atas China. NamunWall Street Journal melaporkan PresidenTrump berhasrat mengeluarkan memorandum (pekeliling) yang mengarahkan agensi Persekutuan mengkaji semula dasar dan hubungan dagangan sedia ada dengan China, Kanada dan Mexico.
“Dalam erti kata lain, tarif itu akan ada tetapi lebih kepada kaedah,” katanya kepada Livevartha.
Mohd Afzanizam berkatatumpuan Presiden AS ke-47 akan menjadi dasar pertama negara maju itu yang dijangka melibatkan dasar propertumbuhan.
“Perkembangan itu melegakan pasaran kewangan hari ini, sekurang-kurangnya untuk masa terdekat ini. Keadaan itu sepatutnya merangsang ringgit hari ini walaupun peniaga dan pelabur akan kekal berhati-hati,” katanya.
Melontarkan nada sama, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth AdvisorsMohd Sedek Jantan berkata selainmengelak daripada mengumumkan tarif baharu, tindakan Trump mengarahkan agensi Persekutuan mengkaji semula dasar tarif sedia ada sertahubungan perdagangan lebih meluas juga menandakan pendekatan yang lebih terukur.