Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional Proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin sedang dimuktamadkan
Nasional

Proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin sedang dimuktamadkan

Proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin sedang dimuktamadkan

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 Januari – Seramai 127 rakyat Palestin yang menerima rawatan di Malaysia kini dalam proses penghantaran pulang, dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Palestin dan Mesir.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata usaha tersebut merupakan tanggungjawab Malaysia dalam memastikan kesihatan mereka terjaga, terutama selepas menghadapi konflik peperangan.

\”Malaysia mengambil tanggungjawab memastikan kesihatan mereka lebih baik ketika berada di sini, dan proses penghantaran pulang sedang dimuktamadkan,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Hi-Tea Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di sini.

Adly turut menegaskan komitmen Malaysia, khususnya Kementerian Pertahanan, dalam mendokong usaha membantu rakyat Palestin, terutamanya di Gaza.

Tambahnya, perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Palestin memberi peluang kepada rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka.

Dalam perkembangan lain,Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masih kurang jelas mengenai pengiraan pelarasan pencen di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) disaran berhubung terus dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM.

Adly berkata,JHEV telah membuka \”war room\” bagi membantu para veteran memahami kaedah dan kadar baharu pencen.

“JHEV sentiasa terbuka untuk membantu mereka yang merasakan tidak menerima hak sewajarnya di bawah skim baharu ini. Mereka boleh menghubungi JHEV secara langsung, dan jabatan juga telah menguar-uarkan maklumat ini melalui media sosial,” katanya.

Tambah Adly,sebelum pelarasan pencen dilaksanakan, pihak kementerian telah memberikan makluman kepada para veteran yang terlibat mengenai kaedah pengiraan dan formula yang digunakan.

\”Ini untuk memastikan semua pihak memahami proses pelarasan dan menerima maklumat yang tepat,\” ujarnya.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...