Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional Malaysia-EU tidak tetapkan jangka masa rundingan MEUFTA
Nasional

Malaysia-EU tidak tetapkan jangka masa rundingan MEUFTA

Malaysia-EU tidak tetapkan jangka masa rundingan MEUFTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim

BELGIUM, 21 Januari- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) tidak menetapkan jangka masa untuk memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA).

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kedua-dua pihak sudah pun bersetuju untuk mempercepat rundingan tersebut.

Jelasnya, Malaysia sebelum ini tidak bersedia berunding dengan EU kerana syarat yang ditetapkan tidak munasabah.

\”Tetapi sekarang ini apabila Malaysia mempunyai kekuatan ekonomi dan dapat memberi jaminan tentang kekuatan ekonomi serta perubahan iklim, mereka nampak bersedia dan ini satu bagi saya positif.

\”Kawasan hutan kita jauh lebih tinggi dan kita lebih faham cara dan kaedah untuk menjamin persekitaran negara kita sendiri.

\”Keduanya kerana sudah ada terjalin perjanjian dengan United Kingdom-Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (UK-CPTPP), ini juga akan membantu. Dan ketiganya kerana keadaan ekonomi Malaysia dan pengaruh Malaysia itu berubah. Jadi mereka mengambil sikap yang lebih positif dalam hal ini,\” katanya.

Perdana Menteri bercakap dalam sidang media selepas berucap di College of Europe di sini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Malaysia dan EU menyambung semula rundingan MEUFTA yang sebelum ini tertangguh sejak 2012 ekoran keraguan Malaysia terhadap dasar pemerolehan minyak sawit, subsidi, dan klausa kemampanan EU.

Antaranya disebabkan diskriminasi ke atas minyak sawit, terutama dakwaan mengenai pembakaran terbuka dan amalan terhadap tenaga kerja.

Dalam sidang media sama, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa Malaysia dan EU bersetuju untuk mempercepat perbincangan mengenai Perjanjian Rangka Kerja European Investment Bank (EIB).

EU dilaporkan komited untuk melabur RM46.7 bilion bagi kesalinghubungan di ASEAN.

\”Pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa dalam isu-isu yang terkait juga termasuk pengumuman mereka tentang perjanjian kerangka European Investment Bank bawah Strategy Global Gateway dimana ASEAN akan dapat dana yang agak besar dari segi pinjaman,\” katanya.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...