Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional EU sambut baik gencatan senjata di Gaza
Nasional

EU sambut baik gencatan senjata di Gaza

EU sambut baik gencatan senjata di Gaza

Keadaan di Khan Younis selepas serangan Israel/ Reuters

BELGIUM, 21 Januari- Kesatuan Eropah (EU) menyambut baik gencatan senjata di Gazadan berharap Israel dapat mengekalkan keamanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan isu berkenaan semasa pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa di Belgium.

Tegasnya,adalah tanggungjawab bersama untuk membangunkan semula Gaza selepas musnah akibat kezaliman Israel.

\”Kita juga menekankan mereka harus juga selain daripada menyaksikan perubahan tetapi juga harus menekankan lebih-lebih lagi pengaruh mereka ke atas Israel supaya mematuhi syarat-syarat pendamaian itu supaya tidak menggagalkan,\” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di College of Brugesyang merupakan institusi tertua dan tersohor bagi pengajian Eropah di sini.

Dalam pada itu Malaysiamenggesa EU memperkukuh sokongan kepadaAsia Tenggara melalui pembiayaan iklim lebih tinggi, pelaburan hijau, bantuan teknikal, dan inisiatif pembinaan kapasiti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, krisis iklim turut dihadapi Asia Tenggara dan merupakan cabaran masa kini.

\”Hasil yang mengecewakan pada Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) menyerlahkan perjuangan berterusan yang dihadapi oleh negara-negara paling terdedah kepada impak iklim.

\”…dalam mendapatkan pembiayaan penting untuk usaha mitigasi dan adaptasi daripada mereka yang memikul tanggungjawab besar terhadap pelepasan karbon dan pemanasan global bersejarah,\” katanya lagi.

Bekas Menteri Luar Itali, Federica Mogherinimerupakan moderator dalam sesi ucaptama tersebut.

Antara tokoh-tokoh terkemuka yang dijemput bagi menyampaikan ucaptama di College of Europe sebelum ini termasuk Margaret Thatcher, Xi Jinping, Angela Merkel, Frank-Walter Steinmeier dan lain-lain.

Seramai 220 orang hadir terdiri daripadaKor Diplomatik, pegawai-pegawai Kerajaan serta pelajar dan alumni College of Europe.

Perdana Menteri kemudiannya mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Belgium dan berlepas ke Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...