Wednesday , 22 January 2025
Home Ekonomi MEUFTA dijangka manfaatkan sektor kelapa sawit – Penganalisis
Ekonomi

MEUFTA dijangka manfaatkan sektor kelapa sawit – Penganalisis

Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) dijangka memberikan impak besar kepada sektor perladangan kelapa sawit / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Januari – Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) dijangka memberikan impak besar kepada sektor perladangan kelapa sawit, membuka peluang baharu kepada industri tempatan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan perjanjian tersebut berpotensi merungkai pelbagai sekatan yang selama ini menghalang produk kelapa sawit daripada menembusi pasaran Eropah.

\”Negara-negara Eropah sering dikaitkan dengan sekatan terhadap kelapa sawit. Dengan adanya perjanjian ini, halangan tersebut dapat diatasi, sekali gus memberi peluang kepada sektor kelapa sawit Malaysia untuk memperluaskan pasaran di sana,\” katanya kepada RTM.

Selain sektor kelapa sawit, Afzanizam menjelaskan perjanjian itu turut membuka peluang besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PMKS), membolehkan mereka mengakses pasaran Eropah dengan lebih mudah.

Sektor teknologi seperti elektronik, automotif, dan tenaga boleh diperbaharui juga dijangka mendapat manfaat, meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.

Katanya, MEUFTA turut dijangka memperkukuh hubungan pelaburan antarabangsa dengan menarik lebih ramai pelabur asing menjadikan Malaysia destinasi pilihan utama.

\”Perjanjian ini akan mengukuhkan daya saing negara di peringkat global, menjana pertumbuhan ekonomi, dan meningkatkan taraf hidup rakyat,\” tambah Afzanizam.

BERITA BERKAITAN:

  • Malaysia-EU sambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (MEUFTA)

Related Articles

Pelantikan Trump beri kesan besar kepada ekonomi dunia
Ekonomi

Pelantikan Trump beri kesan besar kepada ekonomi dunia

DONALD Trump berucap pada Majlis Pelantikan Presiden Amerika Syarikat ke-47 di Capitol,...

MAA letak sasaran lebih rendah, TIV 780,000 unit tahun ini
Ekonomi

MAA letak sasaran lebih rendah, TIV 780,000 unit tahun ini

PRESIDEN MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain (dia kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif...

Boost catat nilai transaksi RM5.6 bilion pada 2024
Ekonomi

Boost catat nilai transaksi RM5.6 bilion pada 2024

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon (empat dari kiri) bergambar bersama...

12 syarikat penerbangan baharu rangsang pertumbuhan
Ekonomi

12 syarikat penerbangan baharu rangsang pertumbuhan

Sistem pelepasan imigresen menggunakan Kod QR di 40 lorong khas di Lapangan...