Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional Tanjung Embang dipilih Lapangan Terbang Antarabangsa Sarawak baharu
Nasional

Tanjung Embang dipilih Lapangan Terbang Antarabangsa Sarawak baharu

Tanjung Embang dipilih Lapangan Terbang Antarabangsa Sarawak baharu

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg/Foto Facebook UKAS

KUCHING, 19 Januari – Sarawak bakal memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa baharu di Tanjung Embang, selepas lokasi tersebut dipilih berdasarkan pertimbangan faktor ruang udara dan kedaulatan Malaysia.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata pemilihan ini dibuat bagi mengelakkan penggunaan ruang udara negara jiran, Indonesia, dikhuatiri menimbulkan isu pada masa hadapan.

“Pada awalnya, lokasi di Matang menjadi pilihan, tetapi ia melibatkan ruang udara Indonesia di Kalimantan, yang memerlukan kebenaran dan bayaran tertentu. Oleh itu, Tanjung Embang dipilih sebagai alternatif yang lebih sesuai,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau turut memberi bayangan bahawa pengambilalihan MASwings oleh kerajaan negeri akan membolehkan Sarawak mengawal harga tiket penerbangan.

\”Langkah ini bertujuan menjadikan perjalanan ke Sarawak lebih mampu milik dan menarik lebih ramai pelawat.

“Bergantung kepada syarikat penerbangan lain menyebabkan harga tiket mahal, dan ini memberi kesan kepada kemasukan pelawat ke Sarawak. Dengan pengambilalihan ini, kita mempunyai kawalan ke atas harga tiket untuk kepentingan rakyat dan pelancong,” tambah beliau.

Pembangunan ini dijangka membuka lembaran baharu dalam meningkatkan kemudahan dan kemajuan ekonomi di Sarawak.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...