Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional Warganegara Malaysia di luar negara punyai hak sama mengundi dalam pilihan raya
Nasional

Warganegara Malaysia di luar negara punyai hak sama mengundi dalam pilihan raya

Warganegara Malaysia di luar negara punyai hak sama mengundi dalam pilihan raya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni rakyat Malaysia di Belgium

BELGIUM, 20 Januari– Warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara mempunyai hak sama mengundi dalam pilihan raya.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara sudah dibangkitkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jelasnya, kesemua diaspora Malaysia di luar negara mempunyai hak yang sama seperti warganegara yang berada di tanah air.

Beliau juga menyarankan agar proses pengundian tidak dijalankan di kedutaan bagi memudahkan orang ramai datang mengundi walaupun melibatkan pertambahan dana.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut meluangkan masa menyantuni rakyat Malaysia yang berada di Belgium sempena lawatan kerja selama dua hari ke negara tersebut.

Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama-sama diaspora itu dihadiri kira-kira 200 orang.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri menasihati rakyat Malaysia di Belgium agar tidak mengabaikan isu-isu semasa dalam mendepani cabaran masa kini di Eropah.

Turut hadir pada majlis itu ialah, Duta Malaysia ke Belgium Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...