Thursday , 23 January 2025
Home Nasional Polis siasat dakwaan anggota terima rasuah di Tambak Johor
Nasional

Polis siasat dakwaan anggota terima rasuah di Tambak Johor

Polis siasat dakwaan anggota terima rasuah di Tambak Johor

Gambar tular di media sosial yang mendakwa anggota polis meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemandu di Tambak Johor menerusi Facebook \’Singaporean\’s Guide to JB\’

JOHOR BAHRU, 19 Januari- Polis Johor sedang melakukan siasatan terhadap gambar tular yang mendakwa anggota polis trafik meminta dan menerima wang di Tambak Johor pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Raub Selamat berkata pihaknya memandang serius dakwaan yang tular menerusi Facebook \’Singaporean\’s Guide to JB\’.

Gambar tersebut memaparkan seorang anggota polis trafik didakwa meminta dan menerima wang secara tidak sah daripada seorang pemandu di Tambak Johor.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan kejadian berlaku pada 16 Januari antara pukul 5.00 petang hingga 6.00 petang di Jalan Tambak Johor kira-kira 500 meter dari bangunan Sultan Iskandar menghala ke Singapura.

\”Ketika kejadian, empat anggota trafik sedang menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalu lintas, iaitu potong barisan di jalan tersebut. Sebanyak 69 saman telah dikeluarkan kepada pemandu yang melakukan kesalahan itu.

\”Kesemua anggota yang bertugas ketika itu telah dirakam keterangan dan mengesahkan bahawa mereka menjalankan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan,\” katanya dalam kenyataan di sini.

Raub berkata anggota terbabit menafikan sebarang bentuk permintaan atau penerimaan wang daripada mana-mana pemandu seperti yang didakwa dalam gambar tular tersebut.

Polis kini menjalankan siasatan menyeluruh untuk memastikan tiada unsur jenayah dan salah laku oleh anggota bertugas.

\”Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian sedang diteliti dan usaha mengenal pasti saksi awam serta individu yang merakam gambar itu sedang giat dijalankan,” katanya.

Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku anggota. Jika terdapat bukti kukuh, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota yang melanggar undang-undang dan mencemarkan nama baik pasukan.

\”Sehingga kini, tiada bukti kukuh yang mengesahkan dakwaan tersebut. PDRM juga memberi amaran kepada mana-mana individu yang menyebarkan maklumat palsu atau tidak sahih yang boleh mencemarkan reputasi PDRM. Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut peruntukan yang sedia ada,\” katanya.

Individu yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut diminta untuk tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah JBS atau menghubungi ASP Nazrul Idham Abdullah di talian 07-2182222

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...