Thursday , 23 January 2025
Home Nasional Kuala Lumpur, Putrajaya perhebat persediaan menjelang ASEAN 2025
Nasional

Kuala Lumpur, Putrajaya perhebat persediaan menjelang ASEAN 2025

Kuala Lumpur, Putrajaya perhebat persediaan menjelang ASEAN 2025

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 19 Januari – Lebih 180 mesyuarat ASEAN 2025 dijangka berlangsung di Kuala Lumpur dan Putrajaya, dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperhebat usaha memastikan kebersihan dan keindahan bandar berada pada tahap terbaik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa menegaskan kebersihan, pencahayaan, dan pengindahan kawasan bandar akan diberi keutamaan sebagai sebahagian daripada jawatankuasa logistik persidangan tersebut.

“Kebersihan dan keindahan bandar adalah keutamaan kami. Usaha seperti mencantikkan pencahayaan, membaiki jalan berlubang, dan mengecat bangunan lama telah dimulakan. Kami ingin memastikan jalan-jalan protokol sentiasa terjaga dan selamat, selain meningkatkan imej bandar melalui pengindahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Bersih Semua Tempat (BeST) secara serentak di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, di sini.

Dalam pada itu, Dr. Zaliha berkata kerajaan bersedia untuk menyalurkan peruntukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan menerusi program BeST.

Katanya, inisiatif itu bagi mendorong pembudayaan persekitaran bersih dalam kehidupan seharian masyarakat di Wilayah Persekutuan.

“Kita memang ada peruntukan di peringkat Wilayah Persekutuan. Jadi kita mahu lakukan ini di peringkat komuniti dan kalau ada NGO yang berminat bekerjasama dengan kita selaku rakan strategik, kita ada sediakan bajet untuk menggalakkan mereka melaksanakannya di peringkat komuniti,” katanya.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...