Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional Gencatan senjata di Gaza, pembebasan tahanan Palestin bermula hari ini.
Nasional

Gencatan senjata di Gaza, pembebasan tahanan Palestin bermula hari ini.

Gencatan senjata di Gaza, pembebasan tahanan Palestin bermula hari ini.

Foto REUTERS

GAZA, 19 Januari- Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas yang dijadualkan bermula pada pagi Ahad dengan pembebasan tebusan beberapa jam kemudian, membuka laluan ke arah kemungkinan penamatan perang selama 15 bulan yang telah menggugat kestabilan Asia Barat.

Pasukan Israel mula berundur dari kawasan di Rafah, Gaza ke koridor Philadelphi di sepanjang sempadan antara Mesir dan Gaza, menurut media pro-Hamas pada awal pagi Ahad.

Perjanjian gencatan senjata itu dcapai selepas beberapa bulan rundingan yang diusahakan oleh Mesir, Qatar, dan Amerika Syarikat, dan bertepatan sebelum pelantikan Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump, pada 20 Januari ini.

Gencatan senjata tiga peringkat itu akan bermula pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan pada Ahad.

Peringkat pertama akan berlangsung selama enam minggu, di mana 33 daripada 98 tebusan yang masih ditahan terdiri daripada wanita, kanak-kanak, lelaki berusia lebih 50 tahun, serta mereka yang sakit atau cedera, akan dibebaskan sebagai pertukaran dengan hampir 2,000 tahanan dan banduan Palestin.

Antara yang akan dibebaskan termasuk 737 banduan lelaki, wanita, dan remaja, sebahagian daripadanya merupakan ahli kumpulan pejuang yang disabitkan atas serangan yang telah membunuh puluhan rakyat Israel, serta ratusan rakyat Palestin dari Gaza yang ditahan sejak perang bermula.

Tiga tebusan wanita dijangka dibebaskan pada petang Ahad melalui Palang Merah, sebagai pertukaran dengan 30 banduan setiap seorang.

Selepas pembebasan tebusan pada Ahad, perjanjian itu menetapkan bahawa empat lagi tebusan wanita akan dibebaskan selepas tujuh hari, diikuti dengan pembebasan tiga tebusan lagi setiap tujuh hari berikutnya.

Sepanjang fasa pertama ini, tentera Israel akan berundur dari beberapa kedudukannya di Gaza, dan rakyat Palestin yang dipindahkan dari kawasan di utara Gaza akan dibenarkan pulang.

Pasukan Presiden Joe Biden bekerjasama rapat dengan utusan Asia Barat Donald Trump, Steve Witkoff, untuk memastikan perjanjian ini tercapai.

Menjelang pelantikannya, Trump berulang kali menuntut agar perjanjian ini segera dimeterai, dengan amaran tegas bahawa akan ada akibat besar sekiranya tebusan tidak dibebaskan.-REUTERS.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...