Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Jumaat, walaupun berdepan tekanan berikutan permintaan yang agak lemah.
Ketua Penyelidikan KomoditiSunvin Group dariMumbai, Anilkumar Bagani berkata prestasi eksport minyak sawit Malaysia yang tidak bermaya dalam separuh pertama Januari turutmenjejaskan sentimen.
Data oleh juruukur kargo Intertek Testing Services and Amspec Agri Malaysia menunjukkan bahawa eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 15 Januari berada pada 567,703 tan, turun 15.45 peratus, dan 503,813 tan, masing-masing susut 23.74 peratusdaripada angka 1 hingga 15 Nov.
Dari segi pengeluaran, Persatuan Pengilang Minyak Sawit Semenanjung Selatan menganggarkan penurunan 10 peratus dalam pengeluaran pada asas dari bulan ke bulan.
Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran hadapan MSM mencatatkan kembali keuntungan susulan lantunan semula harga minyak kacang soya pada waktu Asia.
Katanya, jangkaan kadar pengeluaran yang lebih perlahan pada minggu-minggu akan datang juga dilihat sebagai faktor yang menyokong sentimen.
“Kami melihat sokongan harga pada RM4,100 satu tan dan rintangan pada RM4,400 satu tan,” katanya kepada Livevartha.
Pada penutup, bulan kontrak baharu Februari 2025 turun RM30 kepada RM4,441 satu tan dan kontrak Mac 2025 berkurangan sebanyak RM18 kepada RM4,280 satu tan.